IPOH: Polis menyerahkan siasatan seterusnya kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan negeri berhubung aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan lelaki di Hulu Perak, seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata siasatan dan tindakan selanjutnya dijalankan oleh kedua-dua agensi itu dan sehingga kini polis belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut.
Beliau berkata pihaknya bersama sepasukan renjer perhutanan daerah Hulu Perak telah pergi menjejaki tempat kejadian serta telah meninjau kawasan kejadian kira-kira 3 petang Isnin lepas.
"Hasil pemerhatian disahkan juga kawasan tersebut adalah di kawasan pertemuan Kuala Sungai Mangga dan Sungai Senga, Hutan Simpan Temenggor, Hulu Perak yang dipercayai telah berlaku aktiviti pengeboman ikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata mana-mana kumpulan atau individu dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit daripada Jabatan Perhutanan dan menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram kerana tindakan itu menyalahi Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1985) dan Akta Perikanan 1992.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh terus disalurkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di talian 05-7912222," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Zulkifli berkata siasatan dan tindakan selanjutnya dijalankan oleh kedua-dua agensi itu dan sehingga kini polis belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut. - Gambar Sinar Harian
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Polis serah siasatan aktiviti bom ikan kepada Jabatan Perikanan, Perhutanan
Polis menyerahkan siasatan seterusnya kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan negeri berhubung aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan lelaki di Hulu Perak.
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut
Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke Israel, manakala sebilangan pejuang Palestin telah menembusi Israel dari Gaza, menurut tentera Israel Sabtu.
Nelayan didenda RM11,000 miliki bahan letupan, tangkap ikan tanpa lesen
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah
Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, pada Isnin.
Polis tahan lelaki miliki mercun, bunga api
Polis menahan seorang lelaki yang memiliki bahan letupan di Kampung Sungai Tinggi, Padang Gajah, dekat sini, lewat malam tadi.
Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya
Dalam operasi yang dijalankan pada jam 6 petang itu, seorang daripada lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala seorang lagi adalah warga tempatan berusia 34 tahun.
1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan
Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia masih menyaisat punca serangan.